Aspirasi peminat pada pengalaman dan cerita kehidupan

Thursday, 5 May 2016

STATUS P (P1) UiTM

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.


Ramai mahasiswa universiti especially kat UiTM yang sedang or dah graduate mesti tahu tentang status P1 atau lebih mudah nak faham result final exam semester sebelumnya bawah pointer 2.0..Walaupun tak semua yang alami status P1 nie tapi "siapa yang makan cili,dia lah yang merasai pedasnya".Merasai kegagalan dan cuba untuk bangkit semula merupakan sesuatu yang cukup mencabar dan memerlukan usaha yang menyeluruh disamping doa kepada Allah secara berterusan.Bab kata pepatah,"tuah ayam nampak di kaki tapi tuah manusia siapakan tahu".Memang betul!!.Setiap perkara yang berlaku mesti ada hikmahnya..

Admin pun pernah alami

Bila result keluar, takde siapa yang boleh jangka either ia bagus or tak. Insan yang dapat result in flying colour akan terus happy dan bersyukur sangat-sangat (*sehinggakan ada pasang khemah buat kenduri doa selamat) akan tetapi insan yang keputusan dia kurang gempak akan terus duduk terdiam buntu memikirkan banyak perkara dalam fikiran.

Bear in mind that,dalam menuntut ilmu akan ada 2 jalan : success and failure,pilih dan buat keputusan yang terbaik dalam hidup kita ni.



Oh ye,admin nak berkongsi tentang status P1,biasalah bila dah P1 of course melibatkan pinjaman kepada mahasiswa.Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memang sinonim sebagai satu badan yang bertanggungjawab memberikan bantuan kewangan setiap semester sehingga tamatnya program mahasiswa tersebut.Seperti admin katakan di mukadimmah tadi,status P1 ni akan tertera dekat result slip peperiksaan.


Jadi insan yang pernah jadi sebegini termasuk admin,first sekali redha jelah and of course kita akan terkelu lidah nak cakap dengan orang lain but take your time and try cakap dengan orang yang boleh slow-talk dengan kita.Second,buat yang terbaik untuk semester akan datang walaupun kursus tu lagi payah.Third,biarlah rahsia kita dengan result tu je!!! mean tak perlu nak cerita lebih-lebih pada orang lain.

Lagi satu admin nak share tentang status pengeluaran pembiayaan pendidikan dari PTPTN.



Sebagai inspirasi untuk mahasiswa samada dalam atau luar negara :


Dalam kegagalan pasti ada kekecewaan,dalam kejayaan pasti ada kegembiraan,itu lumrah perjalanan kehidupan setiap insan terutamanya yang bergelar pelajar mahupun mahasiswa.Tabahkan hati dan teruskan perjuangan kerana kita belum pasti kejayaan di masa hadapan tapi kejayaan telah pun ada di hadapan dan dirancanakan oleh ALLAH Yang Maha Esa



Last but not least,admin nak kongsikan video yang mungkin boleh memberikan kita semua semangat untuk bangkit semula setelah gagal.....



1 comment:

  1. Harrah's Casino & Racetrack - MapyRO
    Harrah's 삼척 출장마사지 casino and racetrack 강릉 출장샵 locations, rates, amenities: expert Harrah's research, only 파주 출장마사지 at Hotel and 김천 출장샵 Travel 전주 출장안마 Index.

    ReplyDelete