ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Setiap tahun tanggal 16 Mei merupakan satu hari yang dikhaskan untuk mengenang jasa dan pengorbanan setiap insan yang bergelar GURU dan hari ni sekali lagi menyaksikan sambutan hari guru iaitu 16 Mei 2016.Sebelum bercerita panjang tentang tajuk Hari Guru 16 Mei nie,jom kita dengar lagu : GURUKU TERSAYANG...
Hari ni admin sebenarnya nak menulis/berkongsi tentang sejarah admin menjadi seorang pembimbing akademik ataupun era ni dikenali sebagai guru muda dan fasilitator.Meskipun untuk jangka masa yang singkat dengan hanya lapan (8) tahun sahaja namun dalam tempoh itu,pelbagai kenangan yang cukup best diperolehi meskipun admin masih muda dan juga bergelar seorang pelajar.Tambahan lagi,admin bermula sebagai pembimbing akademik dari tahun 2005-2013 bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain dalam memberi bantuan kepada pelajar yang tidak memahami sesuatu subjek di dalam kelas.Admin menghabiskan masa selepas tamat sesi pnp untuk stay di sekolah sebelum mulakan kelas bersama pelajar lain di kelas/surau.
Sememangnya tugas nak bagi orang faham dan tahu dengan baik sesuatu ilmu yang kita nak ajarkan bukanlah satu kerja yang mudah.Senang cerita,nak ajar dan memberikan ilmu kepada orang lain ataupun pelajar itu senang tapi nak bagi kefahaman yang mendalam itu adalah satu yang mencabar sebenarnya.Itu sebabnya,admin mendekatkan diri dengan rakan-rakan pelajar dengan kaedah sebagai kawan dan bukannya pelajar serta mengajar mereka secara santai tanpa tekanan.Sepanjang lapan (8) tahun,admin sering didatangi dengan beberapa rakan pelajar yang sebelum ni admin tak pernah kenal meskipun mereka sebaya atau muda dari admin bahkan satu sekolah.Peringkat inilah yang mengajar admin untuk kenal dengan ramai orang.
Selain itu, admin dapat belajar "bahasa orang muda" seperti apa yang dipertuturkan di televisyen,radio dan percakapan seharian dari seorang rakan pelajar yang ketika itu tak pernah miss kelas yang admin laksanakan meskipun dia kena bersiap sedia untuk berniaga pada sebelah malam pada tahun last admin sebagai pembimbing akademik (2013).Sanggup tinggalkan persiapan menjual semata-mata nak belajar.Di samping itu,salah satu rakan pelajar yang admin pernah memberi tunjuk ajar pada tahun 2011 telah pun pergi ke Mesir untuk menyambung pelajarannya dalam bidang agama.Alhamdulillah dan jangan lupa doakan admin sekali.....Dan kenangan-kenangan lain selama lapan (8) tahun ini tak akan admin lupakan.
Sempena Hari Guru ini,admin juga nak ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru yang pernah memberi tunjuk ajar dan bimbingan iaitu di Tadika TSS,SKTL,SMKTJ,SAHUT,KMPH dan UITM.Tidak lupa juga kawan-kawan admin yang bakal mejadi guru kelak,ajarlah jiwa bangsa dengan baik dan dekatilah mereka seperti kawan.Semoga terus berjaya di dunia dan akhirat....
LASTLY DENGARKAN LAGU DARI UPIN-IPIN
No comments:
Post a Comment