Buku Kian Blogger

Aspirasi peminat pada pengalaman dan cerita kehidupan

Monday, 20 June 2016

BILAL BIN RABAH R.A.

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

SEMPENA BULAN RAMADHAN,ADMIN INGIN MENCERITAKAN SATU KISAH TOKOH YANG CUKUP DIKENALI SEHINGGA KINI NAMANYA DIABADIKAN DAN DIPANGGIL DALAM INSTITUSI MASJID.BELIAU IALAH BILAL BIN RABAH R.A. YANG MERUPAKAN SALAH SATU SAHABAT RAPAT DENGAN NABI MUHAMMAD S.A.W.

BILAL BIN RABAH DILAHIRKAN DI KOTA MEKAH (ADA PENDAPAT LAIN BELIAU LAHIR DI HABSYAH YANG KINI DISEBUT NAGARA ETHOPIA) SEKITAR TAHUN 43 SEBELUM HIJRAH.BILAL DIBESARKAN DI KOTA MEKAH SEBAGAI SEORANG HAMBA ABDI DIBAWAH JAGAAN UMAIYYAH BIN KHALAF DAN BELIAU DIMERDEKAKAN OLEH ABU BAKAR AL-SIDDIQ.SETERUSNYA,BELIAU JUGA MERUPAKAN ANTARA ORANG YANG PALING AWAL MEMELUK ISLAM.

BELIAU MENERIMA ISLAM MELALUI SAHABATNYA YANG BERNAMA AL-FADL DAN KELIHATAN BELIAU BEGITU BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK MENDALAMI AJARAN AGAMA ISLAM SEHINGGA SANGGUP BERULANG-ALIK KE RUMAH ARQAM BIN ABI AL-ARQAM SECARA RAHSIA SUPAYA TUANNYA TIDAK TAHU BERKAITAN KEINGINANNYA UNTUK MEMPELAJARI ISLAM.NAMUN TUANNYA,UMAIYYAH MENGETAHUINYA DAN MENDESAK SUPAYA BILAL BIN RABAH R.A. UNTUK MENINGGALKAN ISLAM NAMUN BELIAU BERKERAS MEMPERTAHANKAN AGAMA DUNIA DAN AKHIRATNYA IAITU ISLAM SEHINGGAKAN DIIKAT BATU BESAR PADA TUBUHNYA YANG TIDAK BERPAKAIAN,MENGHERET KE TENGAH PADANG PASIR YANG PANAS DAN MEMUKUL TANPA BELAS KASIHAN.

SEBELUM ADMIN TERUSKAN HIKAYAT TOKOH INI,JOM KITA DENGAR KULIAH RINGKAS OLEH USTAZ BADLI SHAH ALAUDDIN - TUKANG AZAN RASULULLAH S.A.W.


BELIAU JUGA MERUPAKAN SEORANG MUAZZIN (PELAUNG AZAN) YANG DILANTIK SENDIRI OLEH BAGINDA NABI MUHAMMAD S.A.W. SEHINGGAKAN DIRIWAYATKAN BAHAWA LAUNGAN AZANNYA DIDENGAR OLEH PENGHUNI LANGIT ALLAH S.W.T..NAMUN SETELAH KEWAFATAN NABI MUHAMMAD S.A.W.,BELIAU TIDAK LAGI MELAUNGKAN AZAN KECUALI DUA (2) KEADAAN :

1) SEKALI DI SYRIA
2) DI MADINAH SETELAH CUCU BAGINDA (HASAN DAN HUSIN) MEMINTANYA UNTUK MELAUNGKAN AZAN SETELAH 3 TAHUN  TIDAK PULANG

DALAM HADITH BAGINDA MUHAMMAD S.A.W. BERSABDA :

"AKU MENDENGAR BUNYI TAPAK KAKI BILAL DI HADAPAN KU DI SYURGA"

(RIWAYAT SAHIH MUSLIM DAN BUKHARI)

DAN APABILA BILAL BIN RABAH DIPILIH SEBAGAI MUAZZIN ,BEBERAPA SAHABAT ARAB LAIN MERUNGUT MENGADU KEPADA NABI KERANA BELIAU MENYEBUT "S" BERBANDING "SH" DENGAN BETUL..NAMUN BAGINDA BERSABDA :

"BUNYIAN 'S' DARI BILAL ADALAH 'SH' PADA ALLAH S.W.T." 

(SAHIH TIRMIDHI)

AKHIRNYA,BILAL BIN RABAH WAFAT PADA TAHUN 23 HIJRAH DI NEGERI SYAM DAN DIMAKAMKAN DI DAMSYIK.SEPANJANG HAYATNYA,BELIAU DIAKUI SEORANG YANG PATUH DAN RAJIN TERHADAP TANGGUNGJAWABNYA SEPERTI PENCATAT SEGALA NOTA/BUTIRAN KEPADA NABI,MUAZZIN,TENTERA DAN SEBAGAINYA.BELIAU JUGA PERNAH MENYERTAI BARISAN TENTERA DALAM BEBERAPA PEPERANGAN...


Monday, 16 May 2016

HARI GURU 16 MEI

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Setiap tahun tanggal 16 Mei merupakan satu hari yang dikhaskan untuk mengenang jasa dan pengorbanan setiap insan yang bergelar GURU dan hari ni sekali lagi menyaksikan sambutan hari guru iaitu 16 Mei 2016.Sebelum bercerita panjang tentang tajuk Hari Guru 16 Mei nie,jom kita dengar lagu : GURUKU TERSAYANG...


Hari ni admin sebenarnya nak menulis/berkongsi tentang sejarah admin menjadi seorang pembimbing akademik ataupun era ni dikenali sebagai guru muda dan fasilitator.Meskipun untuk jangka masa yang singkat dengan hanya lapan (8) tahun sahaja namun dalam tempoh itu,pelbagai kenangan yang cukup best diperolehi meskipun admin masih muda dan juga bergelar seorang pelajar.Tambahan lagi,admin bermula sebagai pembimbing akademik dari tahun 2005-2013 bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain dalam memberi bantuan kepada pelajar yang tidak memahami sesuatu subjek di dalam kelas.Admin menghabiskan masa selepas tamat sesi  pnp untuk stay di sekolah sebelum mulakan kelas bersama pelajar lain di kelas/surau.

Sememangnya tugas nak bagi orang faham dan tahu dengan baik sesuatu ilmu yang kita nak ajarkan bukanlah satu kerja yang mudah.Senang cerita,nak ajar dan memberikan ilmu kepada orang lain ataupun pelajar itu senang tapi nak bagi kefahaman yang mendalam itu adalah satu yang mencabar sebenarnya.Itu sebabnya,admin mendekatkan diri dengan rakan-rakan pelajar dengan kaedah sebagai kawan dan bukannya pelajar serta mengajar mereka secara santai tanpa tekanan.Sepanjang lapan (8) tahun,admin sering didatangi dengan beberapa rakan pelajar yang sebelum ni admin tak pernah kenal meskipun mereka sebaya atau muda dari admin bahkan satu sekolah.Peringkat inilah yang mengajar admin untuk kenal dengan ramai orang.

Selain itu, admin dapat belajar "bahasa orang muda" seperti apa yang dipertuturkan di televisyen,radio dan percakapan seharian dari seorang rakan pelajar yang ketika itu tak pernah miss kelas yang admin laksanakan meskipun dia kena bersiap sedia untuk berniaga pada sebelah malam pada tahun last admin sebagai pembimbing akademik (2013).Sanggup tinggalkan persiapan menjual semata-mata nak belajar.Di samping itu,salah satu rakan pelajar yang admin pernah memberi tunjuk ajar pada tahun 2011 telah pun pergi ke Mesir untuk menyambung pelajarannya dalam bidang agama.Alhamdulillah dan jangan lupa doakan admin sekali.....Dan kenangan-kenangan lain selama lapan (8) tahun ini tak akan admin lupakan.

Sempena Hari Guru ini,admin juga nak ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru yang pernah memberi tunjuk ajar dan bimbingan iaitu di Tadika TSS,SKTL,SMKTJ,SAHUT,KMPH dan UITM.Tidak lupa juga kawan-kawan admin yang bakal mejadi guru kelak,ajarlah jiwa bangsa dengan baik dan dekatilah mereka seperti kawan.Semoga terus berjaya di dunia dan akhirat....


LASTLY DENGARKAN LAGU DARI UPIN-IPIN


Thursday, 5 May 2016

STATUS P (P1) UiTM

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.


Ramai mahasiswa universiti especially kat UiTM yang sedang or dah graduate mesti tahu tentang status P1 atau lebih mudah nak faham result final exam semester sebelumnya bawah pointer 2.0..Walaupun tak semua yang alami status P1 nie tapi "siapa yang makan cili,dia lah yang merasai pedasnya".Merasai kegagalan dan cuba untuk bangkit semula merupakan sesuatu yang cukup mencabar dan memerlukan usaha yang menyeluruh disamping doa kepada Allah secara berterusan.Bab kata pepatah,"tuah ayam nampak di kaki tapi tuah manusia siapakan tahu".Memang betul!!.Setiap perkara yang berlaku mesti ada hikmahnya..

Admin pun pernah alami

Bila result keluar, takde siapa yang boleh jangka either ia bagus or tak. Insan yang dapat result in flying colour akan terus happy dan bersyukur sangat-sangat (*sehinggakan ada pasang khemah buat kenduri doa selamat) akan tetapi insan yang keputusan dia kurang gempak akan terus duduk terdiam buntu memikirkan banyak perkara dalam fikiran.

Bear in mind that,dalam menuntut ilmu akan ada 2 jalan : success and failure,pilih dan buat keputusan yang terbaik dalam hidup kita ni.



Oh ye,admin nak berkongsi tentang status P1,biasalah bila dah P1 of course melibatkan pinjaman kepada mahasiswa.Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memang sinonim sebagai satu badan yang bertanggungjawab memberikan bantuan kewangan setiap semester sehingga tamatnya program mahasiswa tersebut.Seperti admin katakan di mukadimmah tadi,status P1 ni akan tertera dekat result slip peperiksaan.


Jadi insan yang pernah jadi sebegini termasuk admin,first sekali redha jelah and of course kita akan terkelu lidah nak cakap dengan orang lain but take your time and try cakap dengan orang yang boleh slow-talk dengan kita.Second,buat yang terbaik untuk semester akan datang walaupun kursus tu lagi payah.Third,biarlah rahsia kita dengan result tu je!!! mean tak perlu nak cerita lebih-lebih pada orang lain.

Lagi satu admin nak share tentang status pengeluaran pembiayaan pendidikan dari PTPTN.



Sebagai inspirasi untuk mahasiswa samada dalam atau luar negara :


Dalam kegagalan pasti ada kekecewaan,dalam kejayaan pasti ada kegembiraan,itu lumrah perjalanan kehidupan setiap insan terutamanya yang bergelar pelajar mahupun mahasiswa.Tabahkan hati dan teruskan perjuangan kerana kita belum pasti kejayaan di masa hadapan tapi kejayaan telah pun ada di hadapan dan dirancanakan oleh ALLAH Yang Maha Esa



Last but not least,admin nak kongsikan video yang mungkin boleh memberikan kita semua semangat untuk bangkit semula setelah gagal.....